Saturday, 19 July 2014

Shaklee penyumbang kpd Israel????Jom pakat baca dulu!!

BOIKOT SHAKLEE?? IA MENYUMBANG KEPADA ISRAEL???

BETUL KE SHAKLEE ANTARA COMPANY YANG MENYUMBANG KEPADA ISRAEL??? JOM BOIKOT!!

BISSMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM...

tajuk macam gempaq jer kan?? oleh kerana selama setahun lebih penglibatan saya ke dunia SHAKLEE ni.. dan isu ini antara isu yang seringkali berbangkit terutama bila kemuncak serangan israel terhadap gaza saban tahun.. dan seperti yang kita ketahui.. gaza kini under attack!

maka, wajar dan wajiblah bagi ummat islam utuk mengutuk tindakan israel itu terhadap bumi para anbia kita.. salah satu sumbangan dan tindakan yang kita boleh ambil adalah dengan memboikot barangan yang terang-terangan menyumbang kepada israel tersebut.

tapi.. haruslah diingatka supaya tindakan dan perbuatan kita itu tidak termasuk dalam kategori MEMFITNAH!.. mengapa saya berkata demikian??? -----> ini adalah kerana begitu ramai keyboard warrior yang mengatakan bahawa SHAKLEE juga antara company yang terlibat dan mesti DIBOIKOT!


jadinya.. saya mengajak kalian semua untuk banyakkan pembacaan dan kajian sebelum berbuat sesuatu apatahlagi menyebarkan sesuatu yang sama sekalitidak benar.. 

mari buka mata sikit.. saya terangkan mengapa isu ini boleh timbul.. ia adalah salah satu salah faham yang amat besar..

1) pertama sekali.. bermulanya penyebaran fitnah ini adalah disebabkan website ini..ia merupakan website pengedar shaklee US yer bukan milik COMPANY SHAKLEE..

   keseneth


2) lihat bulatan merah dalam gambar di bawah

Shaklee menyokong israel?




 




nampak logo shaklee di situ?? ianya adalah penyalahgunaan kuasa olehSHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR(SID) kerana jelas beliau menggunakan logo SHAKLEE COMPANY.. yang mana ia adalah merupakan suatu kesalahan yang besar!


sebeluam kalian membuat penyebaran sesuatu yang tidak berasas..kajilah dahulu.. sila click pada button logo shaklee tu..

3) di sini..segalanya mula terbongkar..

Shaklee Menyokong Israel? 
apabila kalian mula bertindak bijak sebagaimana saya sedia maklum..pasti kalian orang yang bijak pandai dan pasti tidak suka memfitnah  secara melulukan???? alhamdulillah... ^__^

mula2..bila cek dia punyer URL..jelas di situ ianyabukanlah milik shaklee company ditambah pula terdapat logo SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR di situ seperti yang sepatutnya..alhamdulillah..... so, dah jelas2 di sini.. si empunya website ini adalah salah seorang ejen shaklee yang sama macam saya.. ianya seorang individu yang menggunakan harta peribadi untuk menyumbang pada israel bukan dari company itu sendiri..

sama macam kami SID malaysia yang beragamaISLAM.. semua dari kami menyumbang pada pusat zakat dan pusat kebajikan tertentu di malaysia ni.. yang mana ianya adalah sumbangan kami secara individu tanpa ada sedikit pun kaitan dengansyarikat SHAKLEE..(yang mana sumbangan itu adalah datang dari kami sendiri secara peribadi..bukan dari syarikat SHAKLEE).. SO.. KES SELESAI... (^__^)

saya harap anda faham akan sedikit penjelasan saya ni yer..

4) di sini pula saya nak cerahkan kalian semua tentang website sebenar shaklee company US

Shaklee Menyokong Israel?
nampak kan perbezaannya?? url website nya sendiri menunjukkan ianya adalah website rasmi SHAKLEE COMPANY.. 

ditambah pula dengan logo yang digunakan adalah sememangnya hak milik shaklee.. bukannya logo pengedar shaklee..

point lagi kuat di mana terdapatnya suatu OPTIONuntuk pengedar log masuk.. iaitu button MEMBER LOG IN.. jelas kan??? (Yang mana website pengedar shaklee,tidak akan ada option untuk member lain log masuk.. ianya strickly untuk pengedar itu sahaja )------> jelas di sini.. ianya website rasmi SHAKLEE COMPANY US!

alhamdulillah... jadinya penjelasan saya di sini.. gunakanlah semua produk shaklee tanpa ragu2dan tanpa was2.. kerana sememangnya shakleetidak terlibat dalam sebarang aktiviti israel atau mana2 kegiatan politik dan sebagainya.. shaklee hanyalah sebuah company perniagaan yangmementingkan keharmonian sejagat dan tidak menyokong sama sekali dengan mana2 aktiviti keganasan termasuk keganasan yang israel lakukan terhadap gaza..

jadi... saya harap kalian membuka mata hati kalian untuk tidak lagi menimbulkan fitnah dan mewar2kan sesuatu yang sememangnya tidak benar itu.. takutlah pada azab ALLAH.. jika kalian tidak mahu atau anti sangat dengan shaklee.. kami tidak memaksa kalian untuk membeli  dan menggunakannya.. kerana kami sangat menghargai pendirian setiap individu, menghargai setiap perbezaan selagi ia tidak menyalahi syarak.

kami hanyalah ingin berkongsi sesuatu yang baik yang memberi manfaat untuk kami supaya kalian juga memperolehi manfaat yang sama juga darinya..dengan izin ALLAH juaga semestinya..

oleh itu, saya harap dengan pencerahan ini.. tiada lagi sebarang unsur keraguan dalam jiwa kalian..rugi tau kalo tak cuba supplement kami sebenarnya... hihi   amalkan tanpa was2.. ianyahalal dan diluluskan kkm..

jangan lupa nantikan entry saya yang seterusnya tentang kenyataan pihak shaklee sendiri mengenai isu ini.. shaklee sangat pentingkan keselesaan kami dan dengarnya SID di atas yang menyalahgunakan kuasa logo shaklee juga akan di kenakan tindakan serta merta tau!! (baguslahh kannn.. xdelah org ramai ragu2)


tambahan.. kebanyakan jutawan shaklee malaysia adalah terdiri mereka yang berilmu pengetahuanAGAMA yang sangat baik.. mereka mengkaji dan belajar sedalamnya sebelum menyebarkan nutrisi shaklee ni.. sebab itu, walau apa rintangan.. shaklee sentiasa teguh sehingga mampu bertahan dah lebih 20tahun di malaysia....

sebab?? ia sememangnya nutrisi yang bagus, halal, semulajadi, mesra alam dan tetap utuh walau banyak fitnah melanda... kerana kami berdiri di atas kebenaran yang NYATA..insyaALLAH..

JAUHI FITNAH YER KAWAN.. SESUNGGUHNYA FITNAH ITU LEBIH BURUK DARI MEMBUNUH..wallahualam..


sumber,info dan gambar diatas saya petik dari website master falah alias.. thanks kak farah.. ^___^

 kalian boleh rujuk page beliau.. credit---> 
http://mommyiskandar.com/blog/shaklee-menyokong-israel/

terima kasih kerana membaca.. semoga hilanglah segala keraguan di hati2 kalian.. (^__^)

***credit to Siti Zubaidah

Nak tau lebih lanjut lagi,
Boleh HUBUNGI saya:

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR!!
:: ROSMiNi
:: SMS/WASSUP 019-3909905
:: ibuinsyirah83.blogspot.com
:: FB : Rosmini Razalee 
:: COD AREA >> SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
:: POS LAJU >> SELURUH MALAYSIA

FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE!!

Wednesday, 16 July 2014

Cara Merangsang Anak Menjadi Bijak

Merangsang anak menjadi bijak

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum semua ibubapa... Entri kali ini pasti digemari oleh seua ibubapa. Yela, siapa yang tak mahu anak bijak,kan?

Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai. Allah menjadikan anak-anak umpama kain putih yang perlu dicorak, dihias dan dibentuk oleh ibubapa masing-masing. Kelahiran mereka merupakan penyeri, pengubat suka duka dalam rumahtangga. Malah, semua ibubapa menginginkan anak-anak bijak, luar biasa, soleh dan solehah.

Tahukah kita bahawa di awal kehidupan bayi merupakan tempoh utama? Pakar psikologi perkembangan percaya bahawa apa yang berlaku disekeliling bayi akan membentuk mental dan identiti mereka, samada positif mahupun negatif. Kesilapan di sini juga merupakan punca utama kesilapan pada tahun-tahun kehidupan seterusnya.

Komunikasi dan interaksi merupakan alat pembelajaran terbaik. KITA adalah aset untuk dijadikan kajian pembelajaran asas mereka dalam kehidupan. Percakapan, sentuhan, belaian, gurauan, pandangan, nada suara, panggilan, reaksi dan mimik muka serta penumpuan kita terhadap anak dapat merangsang keupayaan mereka dalam membentuk keyakinan dan kemampuan diri.

Disini saya kongsikan 50 aktiviti menarik untk merangsang anak sejak bayi lagi (mengikut kajian sains).

1. BERTENTANG MATA.
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA.
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. JELIRKAN LIDAH.
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5. HASILKAN BUKU BINATANG.
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA.
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN.
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.

8. BERKONGSI PANDANGAN.
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA.
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA.
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11. SENTUH DAN RASA.
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12. PERGI MEMBELI-BELAH.
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13. BERI KATA KUNCI.
Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN.
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU.
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU.
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK.
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT.
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA.
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA.
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA.
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL.
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23. LATIHAN MENEKA.
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN.
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA.
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK.
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA.
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG.
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH.
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS.
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31. GOYANGKAN BADAN.
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN.
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA.
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA.
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35. TUTUP TV.
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

36. TUKAR PEMANDANGAN.
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA.
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA.
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN.
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA.
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA.
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN.
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43. AJAR TENTANG ISIPADU.
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44. HASILKAN ALBUM KELUARGA.
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA.
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46. PERGI KE PERPUSTAKAAN.
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET.
Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG.
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49. MAIN “TIRU-MENIRU”.
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN.
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.



Cara interaksi dan komunikasi kita tentang kehidupan dan kasih sayang sebenarnye memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan anak-anak. Biarkan mereka meneroka asalkan perkara tersebut tidak memudaratkan atau berbahaya kepada mereka.

Perkembangan yang positif membentuk individu yang positif lahiriah dan jasmaniah. Jangan lupa doa dan bermohon kepada Allah untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Merekalah anak-anak syurga kita, Insyaallah.

**Dan Syurga saya semestinya anak-anakku yang tersayang...
Nurul Insyirah
Muhammad Izdihar





Sunday, 13 July 2014

Collagen Powder Shaklee bukan collagen biasa!




Apa bagusnya Collagen Powder Shaklee berbanding Collagen lain?

- Mengekalkan kelembapan kulit. Mampu menahan air yang banyak. 1 gram asid hidraulik boleh menahan sebanyak 6 liter air.

- Mengekalkan keanjalan kulit, boleh melantun semula apabila dicubit.

KEANJALAN: Menyokong Pembentukan Tisu Penyambung

Collagen Ikan
• Membekalkan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

Ekstrak kulit kerangan Laut:
• Mengandungi glukosamina sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata & melegakan ketidakselesaan mata.

Lactobacillus acidophilus
• Meningkatkan penyerapan collagen.

PENGHIDRATAN: Satu Kombinasi yang Menyokong Penghasilan Collagen dan Asid Hidraulik

Ekstrak Biji Camellia Japonica
• Mengandungi asid oleic dan isoflavon.
• Membekalkan nutrisi dan penghidratan

Ekstrak Pfafia
• Digunakan secara tradisional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormone & meningkatkan tenaga batin.
• Meningkatkan prestasi dan tenaga.

ANTIOKSIDAN: Membekalkan Nutrisi Untuk Penghasilan Collagen & Melawan Radikal Bebas

Vitamin C
• Menggalakkan pengeluaran collagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.

Vitamin B2, B6
• Bergabung dengan karbohidrat, lemak dan metabolism protein untuk membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran collagen di dalam sel tubuh.



Berminat nak cuba?
Boleh dapatkan dari saya disini!


YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 
❤️ROSMiNi
❤️SMS/WASSUP 019-3909905
❤️www.ibuinsyirah83.blogspot.com
❤️FB : Rosmini Razalee
❤️COD AREA : SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
❤️POS LAJU : SELURUH MALAYSIA
❤️Free Consultation for every Purchase!!

List 1001 of Shaklee Produk! Yeayyy!!


Okeh arini saya nak listkan list panjang mengenai semua produk shaklee mengikut kategori kumpulan masing-masing ikut pada fungsi produk memasing..



Cekidout!

Anti-Penuaan 
ESP, Collagen Powder, Vivix

Anti-Oksidan 
CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Set Skin Care 
Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Collagen, Vivix

Set Kurus Badan 
ESP , Herblax, Alfalfa, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Set Mengandung 
Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, OsteoMatrix, Omega Guard

Set Berpantang
 Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Set Breastfeeding 
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Set Kesihatan Lelaki 
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Set Kesihatan Kanak-kanak 
Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Meal Shakes

Set Remaja (12 years ++) 
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Set Kencing Manis
GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Set Gout
 Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa

Set Kesihatan Sendi 
Advanced Joint Health, Omega Guard, Ostematrix

Set Immune Booster 
Vitalea, NutriFeron

Asma, Resdung, Alahan, Hives (Gegata), Eczema 
Alfalfa, B-Complex, Vitamin C

Untuk mereka yang tidak gemar pil boleh cuba Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron



Ok cukup dulu kot untuk shorlisted produk ni!
Nak tau lebih lanjut & fungsi bagi setiap produk boleh hubungi saya anytime k!

Boleh HUBUNGI saya:



YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR!!
:: ROSMiNi
:: SMS/WASSUP 019-3909905
:: ibuinsyirah83.blogspot.com
:: FB : Rosmini Razalee 
:: COD AREA >> SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
:: POS LAJU >> SELURUH MALAYSIA

FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE!!

Diet Kurus yang sihat dengan shaklee!

Cara Kurus Cepat Dengan Shaklee Shape Up Programme



Masih ramai lagi yang suka mengambil produk “cepat kurus” untuk menurunkan berat badan. 
Mereka hanya ingin kurus dengan cepat, dan tidak cuba memahami konsep atau cara yang betul untuk turunkan berat badan.

Ini antara komen-komen yang biasa kita dengar …

“Saya pun ambil produk XYZ tapi tak kurus-kurus pun?”
"Kenapa saya nak amik produk ni, produk XYZ boleh kurus 10kg dalam 1 minggu la..."
“Kalau saya boleh kurus dengan diet (tidak makan) sendiri, buat apa saya nak ambil produk ini?”



Jika hendak turunkan berat badan dengan cara yang betul... 

Mula-mula kita perlu faham apakah sebenarnya yang menyebabkan badan kita naik atau kurus dengan cepat. 
Tahukah anda, pengambilan makanan berlemak sebenarnya bukan faktor utama yang menyumbang kepada kegemukan. 

Faktor terpenting adalah – ketidakseimbangan penggunaan kaloril

Apa maksud keseimbangan pengambilan kalori ?

Maknanya, jumlah kalori yang diambil harus seimbang dengan kalori yang digunakan. Berat badan akan kekal bila kalori masuk sama dengan kalori keluar (Weight Maintain if Calories In = Calories Out) . 

Sekiranya kita mengambil makanan atau kalori lebih daripada yang digunakan, ia akan disimpan di dalam badan sebagai lemak simpanan. Lemak simpanan lah yang menjadikan berat kita naik. Di sebaliknya bila kita kurangkan pengambilan kalori atau menambahkan aktiviti fizikal, berat badan kita akan berkurangan. 

Secara ringkasnya, jika anda membakar (burn) lebih banyak daripada yang anda makan, anda akan kehilangan berat badan.Jika anda makan lebih daripada membakar (burn), berat badan anda akan naik.

Oleh itu, jangan sesekali anggap sesuatu program diet atau produk pelangsingan itu magik sebab Ia hanyalah sesuatu cara untuk kitay kuruskan badan. 

Kenapa ada yang gagal berdiet? 
* Kurang nutrisi kerana kurang makan
* Kadar metabolisma menjadi rendah
* Otot mengecut dan rosak

Kenapa ade yang gagal juga walaupun mengambil produk kurus?
* Tidak dapat mengikuti cara khusus yang ditetapkan
* Tidak sabar menunggu hasilnya 
* Kandungan produk yang tidak selamat

Berat badan mungkin akan menurun sekejap bila kita kehilangan jisim otot.
Jisim otot ‘mengecut’ akan menyebabkan berat badan seolah-olah cepat turun kerana otot lebih berat dan padat daripada lemak.

Kehilangan jisim otot akan menyebabkan pembakaran lemak lebih lambat, dan merendahkan metabolisma. Kesannya, bila kita dah berhenti mengikuti program diet tersebut, kita mungkin akan mula makan seperti biasa tetapi badan kita sudah tidak membakar kalori seperti dulu. Akhirnya, kita akan lebih gemuk dari sebelumnya!



Justeru itu, cara betul yang akan menurunkan berat badandengan cepat adalah:

Stabilkan CALORIE IN = CALORIE OUT.

Kurangkan makanan kalori tinggi, makanlan makanan yang sihat dan bernutrisi dan perbanyakkan bersenam atau aktifkan diri.

Oleh itu, kita perlu mengambil Set Shape Up Programme Shaklee (yang mengandungi Lecithin, Herblax, Cinch Energy Tea Mix dan Cinch Shake Mix) untuk menambahkan kualiti nutrisi pemakanan kita, meningkatkan tenaga badan dan membakar lemak dengan efisien. 

Produk kurus yang bagus tidak akan menjadikan kita kurus secara ajaib tetapi kurus secara sihat dan mencecah berat yang optimum. 

Kelebihan produk Shaklee berbanding dengan produk kurus badan yang lain:

Mengandungi nutrien yang mencukupi.
Membantu mengawal kelaparan dengan baik
Melindungi, membina otot dengan meningkatkan jisim otot tanpa lemak
Indeks glisemik yang rendah.
Membakar lemak dan meningkatkan tenaga
Menyokong metabolisma optimum
Penggunaan bahan-bahan asli bebas GMO.

Jom pilih produk kurus yang selamat!!
Anda boleh tanya saya mana-mana produk diet kurus sihat shaklee dari saya mengikut bajet yang anda ingini!

Boleh HUBUNGI saya:

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR!!
:: ROSMiNi
:: SMS/WASSUP 019-3909905
:: ibuinsyirah83.blogspot.com
:: FB : Rosmini Razalee 
:: COD AREA >> SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
:: POS LAJU >> SELURUH MALAYSIA

FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE!!


VIVIX si tonik ajaib untuk SEMUA JENIS PENYAKIT!

Assalamualaikum & selamat pagi semua....

Tahukah & sedarkah kita yang setiap hari kita sentiasa di kelilingi oleh masalah-masalah kesihatan? Rata-rata rakyat Malaysia kini mempunyai tahap kesihatan yang amat rendah. Muda-muda lagi sudah mempunyai penyakit yang agak berisiko tinggi. 

Ini di sebabkan kita sendiri yang tidak menjaga & mengawal cara pengambilah diet seharian. Pengambilan kandungan gula, lemak, karbohidrat yang tidak terkawal mampu mengundang banyak masalah kepada kita di kemudian hari..

Bercerita mengenai penyakit, secara automatiknya kena pasti teringatkan ubat. Memang dah menjadi lumrah apabila sakit, kita akan mendapatkan ubat untuk menyembuhkannya. Persepsi ini salah sama sekali. Seharusnya kita mencari penawar selain ubat kerana ubat mempunyai kesan sampingan yang amat buruk terhadap badan kita. 

Untuk mengatasi masalah-masalah yang agak kronik kita boleh mencuba VIVIX SHAKLEE yang di anggap sebagai tonik ajaib. Bukan sekadar untuk membantu menyembuhkan pelbagai penyakit, malahan ia adalah penemuan terhebat untuk anti penuaan!!!



Vivix shaklee merupakan supplement @ makanan tambahan anti-penuaan yang terbaik didunia yang di bangunkan selepas melakukan penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Kajian makmal menunjukkan ramuan yang terdapat di dalam vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap selullar.

4 MEKANISMA PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR

1. KEROSAKAN DNA~ VIVIX AKAN MEMBANTU MELINDUNGI & MEMPERBAIKI SELLULAR DNA

2. PENGAWALAN GENETIK~ VIVIX AKAN MEMBANTU MENGAKTIFKAN SATU PENGAWALAN GENETIK UTAMA YANG MENOLONG MELAMBATKAN PENUAAN TAHAP SELLULAR

3. PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL-SEL~ VIVIX MEMBANTU MENGGALAKAN BIOGENESIS (PEMBENTUKAN BARU) MITOCHONDRIA UNTUK MENINGKATKAN TAHAP TENAGA DI DALAM SEL

4. PENIMBUNAN PROTIN AGE~VIVIX ADALAH 10X LEBIH KUAT DARI RESVERATROL ( KANDUNGAN UNIK DALAM ANGGUR "muscadine" UNTUK MELAMBATKAN PEMBENTUKAN PROTIN AGE

KHASIAT VIVIX YANG LAIN

1.Membantu dalam mengahalang kanser
2. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
3. Membantu menyokong kesihatan sendi
4. Membantumeningkatkan sistem imun
5. Membantu mengurangkan berat badan
6. Membantu meningkatkan kesihatan mata
7. Membantu mengurangkan insiden penyakit Alzheimer
8. Menyokong kesihatan menyeluruh


Tidak salah melabur sedikit wang untuk kesihatan badan.Apatah lagi jika untuk dihadiahkan buat orang tua tersayang..

Free Consultation Provided!

Boleh HUBUNGI saya:

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR!!
:: ROSMiNi
:: SMS/WASSUP 019-3909905
:: ibuinsyirah83.blogspot.com
:: FB : Rosmini Razalee 
:: COD AREA >> SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
:: POS LAJU >> SELURUH MALAYSIA

FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE!!

Tips minum air secara sihat



Minum 3 liter sekaligus? Giler haper..kembung perut nanti..hehe..

Jadi bagaimana untuk memastikan badan kita cukup 3 liter sehari walaupun semasa berpuasa?

#TipsKekalSihat Semasa Ramadhan 

☛ Minum air secukupnya di semasa berbuka dan di malam hari

☛ Anda tak perlu minum 3 liter sekaligus. Minumlah sedikit-sedikit tapi kerap.



CARANYA:

1) Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR : Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

2) Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN : Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

3) Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI : Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

4) Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR : Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..

OSTEMATRIX penyelesaian kekurangan kalsium anda!




Tubuh badan kita sentiasa menunjukkan tanda2 atau isyarat sekiranya terkurang zat atau terlebih toksin.. adalah penting utk kita mengesannya dengan lebih awal sebelum ianya menjadi lebih serius kerana MENCEGAH adalah lebih MURAH dari MENGUBATI...

Antara tanda-tanda awal tubuh anda memerlukan supplemen kalsium apabila..
- Rasa ngilu pada bahagian punggung & pinggang & sendi pada waktu pagi atau malam..
- Kuku rapuh dan mudah patah
- Rambut menjadi kasar
- Kulit kering dan bersisik
- Sering sakit gigi atau gigi berlubang
- Sering kram (kejang/ kebas) di bahagian kaki 
- Selalu pening kepala
- Jantung Berdegup lebih cepat sehingga kita dpt merasainya
- Tumit kasar dan merekah
- Sukar tidur (Insomnia)
- Sering Gugup, cemas, mudah marah 
- Bagi wanita pula, masa menstruasinya menjadi lebih panjang

Bagi yg tidak gemar minum susu, kini ada kalsium dalam bentuk pil yg diperkaya dengan vitamin D dan magnesium dan jarang terdapat pada kalsium jenis susu.

Itulah dia OSTEMATRIX!!

Anda hanya perlu mengambil 1x sehari atau 2x sehari mengikut keperluan tubuh.


Jom hindarkan diri anda dari kekurangan kalsium & OSTEOPOROSIS!

Konsultasi PERCUMA saya berikan!
Jangan malu jangan segan..

Boleh HUBUNGI saya:

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR!!
:: ROSMiNi
:: SMS/WASSUP 019-3909905
:: ibuinsyirah83.blogspot.com
:: FB : Rosmini Razalee 
:: COD AREA >> SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
:: POS LAJU >> SELURUH MALAYSIA

FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Pesanan Anda

Name

Email *

Message *