Sentiasa libatkan diri dengan anak-anak.
Kesilapan utama ibu bapa adalah tidak melibatkan diri dengan anak-anaka mereka. Anak-anak di biarkan bersendirian untuk berfikir dan melakukan keputusan. Abaikan anak anda adalah sama dengan anda melepaskan tanggungjawab terbesar anda sebagai manusia.
Peruntukkan satu waktu pada setiap hari untuk bercakap dan mendengar masalah dari anak-anak anda. Periksa tahap kesihatan mereka, perkembangan hidup mereka, tanya mengenai rakan-rakan mereka dan yang paling penting kongsikan perjalanan hidup anda pada hari itu dengan anak-anak anda.
Libatkan diri ketika mereka menelaah pelajaran. Walaupun anda lemah dalam pelajaran, anda boleh menolong mereka dengan membeli buku rujukan yang sesuai dan setiap kali mereka menalaah pelajaran, periksa sama ada buku yang anda beli membantu atau tidak perkembangan anak anda.
Setiap kali anak anda memerlukan anda, anda perlu bersama dengan mereka. Ia adalah mudah sahaja. Anda perlu tahu setiap aktiviti anak anda dan bahagikan masa supaya anda boleh bersama-sama dengan mereka pada masa yang betul. Seorang anak yang masuk pertandingan nasyid sudah pasti memerlukan sokongan dari anda.
Jika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja. Pastikan ketika makan anda mampu meluangkan masa untuk makan bersama-sama mereka.
**credit Ibu Bapa Cemerlang
No comments:
Post a Comment