Monday, 20 January 2014

Amalan Semasa Mengandung



  1. Tahniah buat ibu-ibu yang mengandung. Jangan lupa amalkan amalan-amalan yang baik sepanjang kehamilan. Semoga dipermudahkan dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

    # Amalan Semasa Mengandung
    =====================

    Berikut adalah amalan semasa mengandung yang dipetik daripada Ustazah Siti Nor Bahyah..

    Amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung:-

     Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
     Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
     Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat)
     Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
     Banyakkan berzikir
     Banyakkan membaca Al-Quran
     Banyakkan baca buku ilmiah (contohnya: kisah-kisah nabi, kisah-kisah para sahabat etc)
     Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
    lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
     Tidak terlalu tertekan atau stres.
     Menjaga adab dan emosi terhadap suami/isteri
     Makan makanan yang baik (i.e. makanan dpd bahan-bahan yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal)
     Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
     Rajin mengukirkan senyuman
     Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

    Perkara-Perkara yang perlu dielakkan oleh suami/isteri ketika isteri mengandung:-

    ✘ Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
    ✘ Elakkan makan dam minum makanan yang haram
    ✘ Elakkan makanan yang berbisa (contohnya: ikan semilang, ikan pari, nenas, tapai)
    ✘ Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri
    ✘ Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
    ✘ Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
    ✘ Jauhi pertuturan yang negatif
    ✘ Jauhi membuka aurat
    ✘ Jauhi amalan khurafat

    Amalan bacaan surah semasa ibu mengandung:

    ❥ Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
    ❥ Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
    ❥ Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
    ❥ Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
    ❥ Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
    ❥ Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
    ❥ Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
    ❥ Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)

    Semoga bermanfaat buat semua..

    [ Anda boleh mendapatkan Set Mengandung Shaklee, Set Bersalin Shaklee/Set Berpantang Shaklee dan Set Menyusu Shaklee daripada saya ]

    Your Shaklee Independent Distributor;
     Rosmini (ID 923401)
     SMS/WhatsApp : 019-3909905
     Blog: www.ibuinsyirah83.blogspot.com
    COD AREA : selayang/batu caves/gombak/rawang/KL dan kawasan sekitarnya....pengeposan seluruh Malaysia!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Pesanan Anda

Name

Email *

Message *