Monday, 25 August 2014

COD shaklee for PREGGY MOM!! Yeayyy!!


Semalam gomen dah gaji..
Semalam gakla oder pun masuk..Tetengah kusyuk buat keje2 kat opis tetiba dapat kol dari akak kat spital ni yg nak oder shaklee!!
Yeaayy!! Terus semangat membara..haha..

       *****antara item yang di oder!***

Akak ni tgh preggy anak ke-2..baru 3bln lebih usia kandungan..Biaselah time2 bulan preggy gini,mabuk loya muntah memang teman karib la tu.,

Samala ngan akak ni..itupun baru kuar wad katenye sbb mabuk teruk smpai dehidrated! Dan itulah yang menjentik hati beliau utk mencuba SHAKLEE kali ni!
Ingin berikan yang terbaik untuk baby kali ni katenye..

So, saya advisekan akak tu untuk add on PEPPERMINT GINGER PLUS untuk masalah mabuk kepayang yg xsetel2 lagi tu! Terus die setuju!
Katenye badan asyik berangin n tu lah punca loya muntah bagai..

Bijak2....

InsyaAllah kita diberikan akal untuk mencari jalan untuk BERIKHTIAR..dan berdoa agar dipermudahkan & disembuhkan olehNYA..

      ***hihi siap ngan label lagi cara          
                   makan bitamin****

           ***ready to di CODkan...*****
                 Hospital Selayang
             Terima kasih...saya jual!


Jom oder SHAKLEE!!

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR!!
:: ROSMiNi
:: SMS/WASSUP 019-3909905
:: ibuinsyirah83.blogspot.com
:: FB : Rosmini Razalee 
:: COD AREA >> SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
:: POS LAJU >> SELURUH MALAYSIA

FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE!!



Wednesday, 20 August 2014

KENAPA SAYA TAK BOIKOT SHAKLEE..

KENAPA SAYA TAK BOIKOT SHAKLEE? 
SECARA RINGKASNYA…

Saya tidak taksub dengan Shaklee – kerana saya tahu Shaklee tidak sempurna, dan produk lain juga tidak kurang bagusnya.

Saya tidak menangguk di air keruh – kerana amalan ini belum terbukti membawa kejayaan, malah menimbulkan kebencian dalam sesebuah masyarakat.


Orang kita kerjanya suka beralasan, menjatuhkan dan memporak perandakan. Selesai kerja, tinggal.

Kalau ada 1001 jawapan kepada 1001 persoalan, akan ada soalan yang ke-1002. Walau satu juta soalan sudah terjawab, akan timbul pula soalan yang ke satu juta satu.

Senang cerita, yang anti Shaklee akan kekal anti, yang sakit hati akan terus sakit hati, yang benci akan kekal membenci, yang negatif akan terus negatif.

Walau apa pun syarikat dan jenama, bila masuk pasaran orang kita, asal naik pasti ada yang tak senang. Asal berjaya pasti ada yang berhasad dengki. Asal menjadi pasti ada yang memburuk-burukkan.

Berlaku sahaja keadaan begini terhadap diri saya, saya akan tersenyum bangga. Ini semua berlaku tiada maksud lain, melainkan saya sedang mendahului anda.

Apakah Tujuan Anda Mempersoal Shaklee?

Berbalik kepada tujuan asal, apakah tujuan anda? Jangan jawab kepada saya, tetapi tanya hati anda dan jawab kepada diri sendiri. Usah menipu diri sendiri, tiada manfaat.

Jika niat tidak baik maka terjadilah status-status umum yang menjadi ‘medan perang’ yang anda rasa akhirnya anda akan rasa ‘puas hati’ setelah menzahirkan segala kegeraman yang terpendam dengan “puak-puak pengedar Shaklee yang taksub” sejak sekian lama.

Diulang, saya tidak taksub. Buktinya, rumah saya dipenuhi produk Shaklee, tapi jenama lain pun penuh juga. Qaseh Ana Edar, Radix HPA, Habbah, Talbinah, Halagel, Mukmin, Kodomo Lion, malah Cosway dan 4Life pun ada.

Jika niat baik membantu saudara seIslam maka nasihat haruslah dengan hikmah dan bijaksana serta tidak memalukan pihak lawan – itu pun jika benar mereka di pihak yang salah. Sekiranya anda yang salah sekalipun, anda tidak akan termalu sendiri kemudian hari kerana tidak bertindak di khalayak ramai.

Utamakan Yang Utama! (Part I)

Kita bukan bercakap isu “haram pun main langgar jer sebab dapat duit” atau “biarlah terlepas dunia asal bahagia di Akhirat kelak”. Oleh itu diharap sangat agar pembaca benar-benar faham apa yang berlaku.

Sebelum bermula, eloklah kita kais sedikit apa sebenarnya isu yang dibincangkan.

Isu yang sudah jelas dan bukan lagi menjadi isu perbincangan ialah:

Produk Shaklee disahkan halal dan diperakui kehalalannya oleh JAKIM melalui ISA.
Pelan pemasaran Shaklee belum lagi dipanelkan oleh mana-mana badan ketiga, kini masih bersandarkan dengan kupasan UZAR sebagai ukuran halal haram.
Hasil perniagaan Shaklee tidak disalurkan kepada Israel atau Yahudi mahupun Zionist.
Isu yang dibincangkan ialah Roger Barnett merupakan seorang Ahli Lembaga Pengarah kepada the Elie Wiesel Foundation.

Sesiapa yang belum benar-benar faham apa itu the Elie Wiesel Foundation sila jangan bazirkan masa menyebar fitnah melalui internet, kelak susah nak minta maaf. Sila dapatkan pemahaman yang betul dari perspektif yang merdeka.

Lihatlah Dengan Perspektif Yang Betul

Shaklee Corporation sebelum ini dimiliki oleh Yamanouchi Pharmaceutical dan kemudian dibeli oleh Roger Barnett dengan harga 310 juta dolar.

Untuk mengupas isu perspektif, saya perlukan satu kisah dongeng untuk anda bayangkan.

Jika ditakdirkan Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary membeli Shaklee pada harga RM2 bilion, apa perasaan anda? Adakah anda akan join Shaklee?

Anda pun akan jawab “Ya, saya akan join Shaklee!”

Bagi saya, tidak. Anda baru berkira-kira nak join Shaklee kemudian mendapat khabar berita “pengurusan Shaklee ada masalah” atau “lembaga pengarah ada yang cha ya nun alif” kemudian anda pun “nasib baik aku tak join” atau “saya sanggup tinggalkan Shaklee untuk kali yang ke-3″ dan sebagainya.

Ok, Saya Bergurau!

Berbalik kepada isu perspektif tadi. Apabila Syed Mokhtar beli Shaklee dan dunia mendapat tahu pemilik Shaklee orang Islam, maka anda fikir mereka akan quit Shaklee?

Tahukah anda apa perspektif dunia tentang Islam? Bagi mereka, Islam ialah terrorist, Islam ialah pengganas. Malah ramai yang menyokong Israel kerana menyangka Islam ialah pihak jahat.

Anda pula tak puas hati dengan pihak yang menyokong Israel dan menyatakan mereka tentu tidak faham apa Islam sebenarnya. Anda mahu mereka faham, tetapi seakan mustahil kerana mereka dari perspektif yang berbeza.

Begitu juga dengan pemakaian. Bagi mereka wanita bebas memakai apa sahaja, jika lelaki tidak dapat menahan nafsu melihat wanita memakai seksi maka lelaki itu tidak berpelajaran kerana tidak mampu mengawal nafsunya sendiri.

Nak buat macamana itu dah perspektif mereka. Tetapi bagi perspektif kita, wanita itu sendiri yang tidak berpelajaran (jahil) apabila berpakaian tidak menutup aurat.

Dari perspektif harta kekayaan pula, sudah pastinya anda juga akan menyumbang kepada bangsa dan agama sendiri dan bukan kepada bangsa lain dan agama lain. Begitu juga dengan Syed Mokhtar, dan begitu juga dengan Roger Barnett.

The Elie Wiesel Foundation?

Sekali lagi, jika tidak tahu apa itu the Elie Wiesel Foundation, sila buat kajian sendiri dan jangan ikut-ikut khabar angin dan buah mulut orang.

The Elie Wiesel Foundation memperjuangkan hak-hak kemanusiaan, keadilan, kesaksamaan dan kesejagatan seluruh manusia. Elie Wiesel pula seorang Israel yang menganut agama Yahudi. Jangan ikut-ikut yang saya tulis ini, kaji sendiri OK!

Cuba bayangkan melalui perspektif Syed Mokhtar tadi. Jika Syed Mokhtar memiliki Shaklee, dan penganut Buddha dan Kristian tahu bahawa lebih RM1 bilion telah disumbangkan kepada Islam menerusi yayasan kebajikannya, membantu umat Islam bukan sahaja kepada warga Malaysia malah kepada umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia, adakah mereka akan bertindak memboikot Shaklee?

Jika saya di tempat anda, saya tidak akan terbayang begitu. Bagi saya setelah segala kebaikan yang ada pada Shaklee itu bertahan selama lebih setengah abad, Shaklee pasti dibeli semula oleh penganut agama lain. Shaklee akan terus direbut untuk dijadikan hak mereka, kerana mereka terlalu ingin memonopoli perniagaan yang bergenerasi. Anda di mana?

Quit jer…

Quitters Never Win, Winners Never Quit!

Winners di sini bukan bermaksud pemenang tetapi orang yang berjaya (just in case ada yang tak tahu).

Kejayaan seorang muslim diukur dari berapa banyak mereka memberi dan berapa banyak mereka mampu memberi lagi setiap hari. Bukan diukur dari sesanggup mana diri sendiri memusnahkan apa yang telah dibina dan kemudian memandang mulia perbuatan tersebut.

Nak tanya yang quit Shaklee, berapa banyak sumbangan anda terhadap Islam? Apa yang telah anda sumbangkan? Sedangkan bangsa lain di Malaysia pun sibuk memberi dan menyumbang terhadap bangsa dan agama mereka sendiri dengan pendapatan yang diperoleh dari Shaklee, kita pula sibuk meruntuhkan dan merasa mulia dengan perbuatan yang sebenarnya di dalam tipu muslihat syaitan dan nafsu itu sendiri.

Jangan Terpesong, Jangan Terpedaya

Syaitan dan nafsu menipu kita bukan dengan membisikkan maksiat dan kejahatan semata. Mengapa? Kerana syaitan tidak bodoh, tak mungkin membisikkan kejahatan yang tidak memberi keuntungan kepadanya. Nafsu pula memang kerjanya menipu, tak mungkin mudah ditipu.

Orang alim dibisikkan riak dan takbur, orang kaya dibisikkan sombong dan angkuh, orang bisnes dibisikkan was-was dan halal haram. Antara setiap jenis individu ini hanya yang benar-benar faham sahaja akan boleh mengharungi bisikan-bisikan sebegini.

Dalam surah al-Asr ada menyatakan bahawa demi masa sesungguhnya setiap manusia itu berada dalam kerugian, kecuali yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan dengan haq (benar) dan yang berpesan dengan sabar.

Maka yang berpesan kepada kemusnahan itu pastinya tergolong dalam golongan yang rugi. Anda di mana?

Saya bukanlah para ilmuan cendikiawan, saya bukanlah pendebat politik, saya bukanlah guru yang hebat.

Saya hanyalah pengedar Shaklee biasa yang beroleh sedikit pendapatan untuk hidup, di samping beberapa sumber pendapatan lain yang bergerak seiringan.

Namun prinsip saya ringkas dan jelas, prioritize!

Prioritize: Utamakan Yang Utama! (Part II)

Orang boleh berkata, para cendikiawan boleh melontar pandangan, para agamawan boleh keluarkan hukum berdasarkan sebuah perspektif. Tetapi Islam tidak memberatkan, dan Islam tidak membebankan.

Dalam seluruh kehidupan itu masalah akan sentiasa datang dan pergi. Bila sampai masa ia akan datang, bila sampai masa juga ia akan pergi. Begitulah turun naik jatuh bangun setiap yang bergelar insan di atas muka bumi Allah s.w.t ini.

Saya rakyat Malaysia, Malaysia adalah negara saya yang tercinta, dan saya berbangsa Melayu. Adakah saya mempunyai pilihan untuk tidak mencintai Malaysia? Apakah saya mempunyai pilihan untuk tidak berbangsa Melayu? Itu secara umum.

Bila pergi lebih mendalam sedikit, ada sesiapa di zaman ini yang boleh hidup tanpa sekeping pun wang kertas pun sepanjang hidupnya? Tahukah anda hukum wang kertas itu pada asalnya ialah haram kerana tidak disandarkan kepada sebarang nilai?

Jika benar anda sayangkan saudara seIslam anda, tolong hentikan penggunaan wang kertas seluruh saudara seIslam anda. Boleh? Jangankan seluruh saudara seIslam, untuk diri sendiri pun adalah teramat sukar untuk dilaksanakan.

Kita Pergi Dalam Sikit Lagi

Rokok. Mampukah kerajaan menghentikan rokok serta merta? Apa akan terjadi pada negara ini sekiranya rokok ditiadakan terus dalam negara kita? Penyeludupan berleluasa, rasuah tidak terkawal, jenayah meningkat berpuluh kali ganda (this is reality).

Tapi nak tanya, apakah hukum merokok pada ketika gejala ini masih terus berleluasa? Masih haram, bukan?

Sedangkan rokok tiada lain fungsinya melainkan membinasakan. Merosakkan kesihatan, membazirkan wang ringgit, merosakkan keturunan, dan 1001 jenis keburukan yang jelas dan nyata. Namun mengapa masih diteruskan tanpa diboikot?

Pernahkah anda bertanya, apakah nasib penjual-penjual rokok? Yang menghisapnya jangan lagi ditanya, memang parah. (Anda hisap rokok tak?) Yang menjual ini – Apakah yang disuap kepada anak bini mereka?

Saham Sikit Sorang

Bagaimana pula dengan pengedar rokok, pengilang rokok, bos syarikat rokok, badan yang meluluskan rokok, apakah nasib mereka? Tidakkah anda kesian dengan golongan ini, yang mungkin saudara mara anda sendiri? Yang pastinya masih saudara seIslam anda juga, bukan?

Yang mengutip hasil jualan rokok, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangannya, yang keseluruhan hasil ini kemudiannya disalurkan pula kepada jabatan-jabatan lain, yang menjadi sumber bayaran gaji kepada para penjawat awam.

Pernahkah anda mempersoal halal haram gaji tersebut? Mampukah dipersoal sampai macam tu sekali? Perlukah? Pernahkah anda terfikir di mana letaknya rokok dalam hal ini yang mungkin menjadi penyebab kepada keruntuhan akhlaq & moral masyarakat kita sekarang?

Anda hisap rokok? Vivix ada untuk membantu anda bebas dari rokok…

Rokok & Israel

Belum lagi dibahaskan tentang berapa banyak pula hasil rokok disalurkan kepada Israel? Pernahkah anda perjuangkan? Perokok yang membayar harga rokok, walau berjuta RM sekali pun sebulan, tidak akan dapat balik walau 1 sen pun.

Yang merosakkan badan, yang membinasakan agama dan bangsa, yang menghancurkan masyarakat ini didiamkan walaupun ibarat meletakkan pisau di leher sendiri tetapi yang menyumbang kepada kesihatan keseluruhan ini juga yang diporak perandakan.

Ini yang saya sebut prioritize!

Wang kertas masih digunakan kerana kita belum mampu untuk berurusan dengan wang dinar dan dirham.

Rokok masih diteruskan secara bebas kerana menjadi sumber pendapatan tinggi kepada negara, walaupun haram.

Shaklee Di Mana?

Yang jelas Shaklee itu sebuah perniagaan, yang berpusat di Amerika. Tiadakah umat Islam di Amerika? Yang bukan Islam di Amerika sekali pun, adakah mereka ada pilihan untuk tidak membayar cukai kepada kerajaan mereka sendiri yang menyumbang kepada Israel yang menjadi peluru kepada orang Islam di Palestin?

Adakah anda fikir umat Islam di Amerika yang membayar cukai ini menyokong pembunuhan rakyat Palestin? Tapi adakah mereka mempunyai pilihan untuk tidak membayar cukai? Kita pula menyibuk “kenapa tak pindah?”, “berhijrah jer lah”. Amboi senangnya bercakap, tak kena bayar pun.

Adakah kita yang menentang kenaikan harga minyak sanggup berpindah ke negara lain sepertimana yang diperli oleh seorang menteri? Jadi apa bezanya kita dengan Muslim di Amerika?

Fikirkan dengan wajar dan bijaksana. Saya juga sudah bertahun tak makan McD dan KFC, tapi saya tidak pernah menyebarkan keburukan mereka untuk memuaskan hati kononnya melakukan sesuatu yang murni.

Pasti anda tertanya, mengapa saya sebut KFC? KFC menyumbang kepada Israel kah? Bukan yang menyumbang kepada Israel sahaja hidup kita di atas muka bumi Allah s.w.t ini tuan-tuan, tetapi tanggungjawab kita jauh lebih besar dari itu.

Amal Ma’ruf, Nahi Mungkar!

Berbuatlah baik dan tinggalkan keburukan. Rokok tidak baik, tinggalkan. Makanan segera tidak baik, tinggalkan. Maggi tidak baik, tinggalkan. Ajinomoto tidak baik, tinggalkan. KFC tidak sihat, tinggalkan. Ayam daging tidak sihat, tinggalkan. Nestle produk Israel, pun tinggalkan.

Shaklee sihat, teruskan. Shaklee baik, amalkan. Sebagai penutup, saya kongsikan ayat pada screenshot rambang ini untuk renungan bersama.



Sekian dahulu mukaddimah ringkas saya untuk hari ini, nak terperinci lagi mungkin kena tulis buku kot. Diharap pembaca membaca sambil berfikir, yang tergantung itu sambunglah dengan perspektif sendiri yer.

Baru kupas sikit pun dah 2 ribu patah perkataan, maaf ambil masa pembaca sekalian, wallahu a’lam.



***Terima Kasih..
Credit to karya asal daripada salah seorang blogger shaklee..
Moga Allah merahmati kite semua..:)


Tuesday, 19 August 2014

Senggugut & Wanita! Ketahui Punca & Cara Atasinya!

Senggugut Dan Wanita! Ketahui Puncanya.

Senggugut? Sakitkan? Alhamdulillah saya antara manusia yang dipilih ALLAH untuk merasa 'nikmat senggugut'. Bak kata orang, 'apalah sangat sakit senggugut tu berbanding sakit bersalin'. Tapi kalau boleh kita elakkan sakit, why not kita cuba kan.
Sebelum nak story ngan lebih lanjut, meh kita tengok, ape sebenarnya itu senggugut.


Apakah itu sebenarnya Senggugut?



 Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

 Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

 Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". 


Terdapat dua jenis senggugut

1. Senggugut Primer

 Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor.
 Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.
 Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.


2. Senggugut Sekunder

 Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
 Sebab-sebab:

Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
Cyst Ovari dan tumor
Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.


Tanda-tanda

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di bawah:

  Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.  
Senggugut primer: Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
Senggugut sekunder: Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
Haid yang tidak tetap
Kesakitan antara haid
Pendarahan yang bertamban banyak
Lelihan dari faraj
Kesakitan ketika melakukan seks
 Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang.
 Loya dan muntah, cirit-birit.


Bolehkah senggugut dicegah?

Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit. 

Cara lain mencegah senggugut adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.

Perbaiki diet: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
Kurangkan garam
Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu: Beritahu doktor anda sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
Kekal aktif: Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
Berhenti merokok
Tenangkan fikiran: Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
Tuam perut: Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda. 
Tarik nafas dalam-dalam: Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Bagi permasalahan ini, produk berikut adalah yang terbaik saya sarankan.



 GLA Complex

Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkanasid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Ostematrix

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain.
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

B-complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkankesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

Berminat nak cuba Set Senggugut @ PMS Shaklee?

Boleh HUBUNGI saya:

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR!!
:: ROSMiNi
:: SMS/WASSUP 019-3909905
:: ibuinsyirah83.blogspot.com
:: FB : Rosmini Razalee 
:: COD AREA >> SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
:: POS LAJU >> SELURUH MALAYSIA

FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE!!


Tuesday, 12 August 2014

COLLAGEN SHAKLEE!! Eee tak sabarnya nak tengok kesan!

Collagen Powder Shaklee Rahsia Kulit Cantik!


Day-2...Masuk hari ke 2 collagen ni ku amik! Semalam amik b4 tdo bancuh ngan milo ais..minum..memang superb!
Memang xde hanyir bagai!

Actually collagen ni ku dah beli setahun yg lopas haa mase promosi gitu..tapi baru tahun ni ku nak mencuba setelah heroku yg dah masuk 2tahun 3bulan tu slowly ku 'wean off'kan susunya..(itupun tak berjaya sepenuhnya lagi!)

1st day amik esoknya terus suruh encik asben belek2 muka kot2 dah ade perubahan! Terover excited plak haku nih!
Tapi serius bangun pagi muka memang rase syok..rase clear..fresh..tegang..bestlah!
Uoollss nak tau kena la try k..
ooppss! baru sachet ke-2 okeh! Tunggu dah dpt kesan yg BOOM nanti daku share kat cni okeh!

WHY COLLAGEN SHAKLEE??



Cantik… Perkataan yang biasa kita dengar dan amat sinonim dengan kaum wanita. Ya lah, perempuan mana tak mahu cantik kan. Tapi dalam kesibukan harian kadang kala kita tiada masa untuk memanjakan diri sendiri. 
Sedar-sedar je muka dah bekedut dan kusam, ‘eye bag’ dah makin besar bawah mata tu dan garis2 kedut pun dah mula naik kan. Kadang2 ada yang umur baru nak masuk 30 tahun tapi muka dah macam orang umur 40 tahun. 

Mahukah anda menjadi tua sebelum usia?
Pastinya tak mahu kan. Nanti suami pun cari lain. Tahukah anda bagaimana anda boleh tua sebelum usia? Pernahkah anda dengar perkataan kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada kulit yang sihat dan cantik. Tetapi semakin meningkat usia, kolagen dalam badan akan semakin berkurangan. Makin kurang kolagen maka makin tak sihat dan tak cantiklah kulit kita. 


Kurangnya kolagen menyebabkan tanda2 penuaan seperti:

• Kulit dah mula melayut dan kendur sana sini
• Kulit kering dan berkedut
• Kulit kurang anjal
• Payudara melayut dan tidak tegang
• Kulit kusam
• Rambut halus dan gugur
• Kuku rapuh dan mudah patah
• Pigmentasi
 

Tidak kira lelaki atau wanita, semua orang akan mengalami kemerosotan kolagen ini dan munculnya tanda-tanda penuaan. Tetapi bagi wanita itu semestinya mimpi ngeri kan. 

Cara untuk mengatasinya mudah sahaja iaitu dengan mengambil kolagen tambahan kerana tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang awet muda.

Sejak kebelakangan ini, memang banyak produk kolagen di pasaran tidak kira untuk minum mahupun untuk pakai luaran. Tetapi apa yang anda perlu tahu, size molekul kolagen besar dan tidak boleh meresap melalui kulit. 

Sebab itulah kolagen yang dipakai luaran kurang berkesan. Yang terbaik adalah kolagen yang diminum dan tahukah anda apa produk kolagen terbaik di pasaran?

 Semestinya Collagen Powder Shaklee!!!

 
Kenapa mesti Collagen Powder Shaklee?

Collagen Powder Shaklee mengandungi 400mg proprietari RSS collagen..
Collagen Powder Shaklee mengandungi kolagen yang tulen, berkualiti tinggi dan diektrak dari sisik ikan merah (ikan merah adalah sumber collagen terbaik kerana daya ketahanannya)
Dalam Collagen Powder Shaklee, molekulnya ringan untuk memudahkan diserap oleh badan bagi kesan yang cepat dan hebat
Collagen Powder Shaklee mengandungi 7 bahan tambahan termasuk Vit B dan C yang menyokong kecantikan dalaman dan luaran anda

So, lebih selamat sekiranya kita pilih collagen yg sudah diiktiraf selamat & berkesan kan berbanding collagen diluar sana yang tidak diketahui asal usulnya..



Para kakak, adik, puan, ladies & gigirls kat luar tu yg nak TRY sangat collagen ni??
Jom2 dapatkan sekotak jom!
Memang tak rugi k!


Boleh HUBUNGI saya:

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR!!
:: ROSMiNi
:: SMS/WASSUP 019-3909905
:: ibuinsyirah83.blogspot.com
:: FB : Rosmini Razalee 
:: COD AREA >> SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
:: POS LAJU >> SELURUH MALAYSIA

FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE!!


Monday, 11 August 2014

Nak Cantik cantik cantik! OGOS bulan PROMO GLA SHAKLEE!



Bismillahirrahmanirrahim..
Salam Syawal dan Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua pengunjung2 kedai ibuinsyirah nih!

Ok sempena bulan syawal bulan raya ni..bulan ni juga adalah bulan cantik cantik cantik sebab bulan ni adalah bulan PROMO GLA COMPLEX SHAKLEE!

Woww!!
Berita baik untuk wanita, perempuan, kakak, ladies n gigirls sekalian yek!
Nak subur, nak cantik, hormon badan tak betul, period pain, senggugut, jerawat dan baaaanyyaakk lagi!! Semua ada didalam sebotol GLA ini!

Apa tu GLA shaklee? Jom santai2 baca sat noo...

GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang ditanam secara organik yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap.

GLA Shaklee biasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, sakit kepala, simptom PMS dan untuk mereka yang menopause.
Haa mesti suka kakak2 yanga ada masalah hormon yg tunggang langgang tu kan!

Ramai yang bertanggapan GLA untuk wanita sahaja. Sebenarnya GLA Shaklee juga membantu memperbaiki masalah prostat lelaki, masalah kencing manis dan darah tinggi. Ini bermakna GLA boleh diambil oleh  lelaki dan wanita.
Baguskan!

Vitamin GLA Shaklee sesuai untuk membantu terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah sjerawat, mereka yang punya masalah menstrual, masalah monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.


Perbezaan Shaklee

Haa...ni part paling best!! Pernah dengar n pernah makan EPO kan ladies2 sekalian..

Ape beza GLA dan juga EPO?

GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang ditanam secara organik yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap. Ia adalah LEBIH dua kali ganda GLA yg terkandung dlm EPO.

Borage ini lebih 3 kali tinggi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Setiap kapsul GLA Shaklee mengandungi lebih 300mg GLA di mana ia sumber terbaik Omega-6. Ia turut mengandungi minyak sunflower dan juga Vitamin E.

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di  kawasan Saskatchewan.

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shaklee Guard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan.

Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengandun ke dalam sel dan tisu.




Manfaat Utama>>>

>> Herba tradisi yang dipercayai..
Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

>>Mengawal selia estrogen dan testosteron 
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

>>Melambatkan menopaus – Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. 

>>Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

>>Memperbaiki prostatomegaly – GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

>>Memperbaiki inflamasi kulit – ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. 

>>Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

>>Menghalang Komplikasi diabetes – Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. 

>>Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

>>Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan 

>>Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. 

>>Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

>>Menghalang tekanan darah tinggi – Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

>>Memperbaiki tekstur rambut – Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

>>Hiperaktif and Autisma (ADD/ADHD) – Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

GLA Shaklee Bukan Sahaja Untuk Wanita

Ramai orang bersalah anggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita.

Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan.

Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).

 Antara Faedah dan Kebaikan Vitamin GLA Shaklee adalah :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan/ Sukar Hamil.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.
. Membaiki masalah prostat (lelaki)
Kelebihan Vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA Shaklee juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

Selain itu Vitamin GLA Shaklee mampu meningkatkan tahap kesuburan wanita. Bagi mereka sukar hamil dan inginkan zuriat, saya sarankan anda mengambil dan amalkannya..
siapa tahu kan, dengan izin Allah… In Shaa Allah anda hamil…

Banyakkan khasiat yang tak terjangkau dek fikiran kita..

Nak cuba? Do contact me!!
Boleh HUBUNGI saya:

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR!!
:: ROSMiNi
:: SMS/WASSUP 019-3909905
:: ibuinsyirah83.blogspot.com
:: FB : Rosmini Razalee 
:: COD AREA >> SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
:: POS LAJU >> SELURUH MALAYSIA

FREE CONSULTATION FOR EVERY PURCHASE!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Pesanan Anda

Name

Email *

Message *