Sunday, 27 April 2014

Berkawanlah Dengan Anak!


Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....utk renungan ibu bapa kalian.

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

****credit

Friday, 25 April 2014

Jealous Dengan Adik??


Jealous Dengan Adik


Kelmarin Ibu ada post soalan berbunyi: Siapa baru dapat baby dan ada abang atau kakak baby itu? Adakah kakak atau abang baby itu nampak cemburu?
Jealous Dengan Adik

Amaran: Perkongsian ini panjang. Namun, Ibu harap anda membaca dengan penuh tenang dan ceria 

Apabila anda hendak mendapat anak baru, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.

Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun. Oleh itu Ibu akan kongsikan dua tahap umur ini untuk anda yang Ibu kasihi.

Sediakan anak dari 4 sudut;


Fizikal
Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun. Ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu.

Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan. Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; "Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi".

Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.



Minda
Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.



Emosi
Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan siabanf atau kakak lagi berasa sayang setelah ada adik.Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.

Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; "nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu...padan muka" , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, "nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah". Dan kiss tangan kecil dia.

Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.



Jiwa
Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.

Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda. Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh sarah si kakak dan abang. Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.

Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.

Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia untuk ke empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, " Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya, 'dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak syaang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.

Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata "Mari kita buang tenaga itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk.

Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik. Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; "I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).

Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.

Semoga kita senantiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat , maka keluarga penuh kasih.

Love you so much!
Prof. Dr. Rozieta Shaary

Wednesday, 23 April 2014

Mengatasi Masalah Suka Marah Anak

Kuat Marah Anak

Suka Marah Anak




MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.


Anak kita adalah cermin diri kita……..



Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.



Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.



Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.



Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.


Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.


2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.


Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Sumber: Facebook

Risiko Ubat Pada Bayi Tanpa Preskripsi Doktor


Risiko Ubat Pada Bayi Tanpa Preskripsi Doktor


Seorang ibu bertanya di kaunter farmasi.

”Mana ubat batuk anak saya? Antibiotik? Macam mana nak baik kalau tak bagi ubat. Doktor jenis apa ni.. tak bagus!!”

Pegawai farmasi yang bertugas terus menelefon saya. Menceritakan kejadian itu setelah wanita itu pulang dengan marah-marah.

”Biarlah orang yang kurang cerdik macam dia marah. Mungkin dia menyangka ubat-ubat itu penting untuk anak dia. Pada hal ubat-ubat itu boleh memberikan mudarat pada anak dia yang berumur 6 bulan itu”, saya menerangkan hal sebenar.

Semenjak saya belajar kaunseling dan psychology, saya mendapati manusia akan meluahkan perasaan mereka berdasarkan satu sistem kepercayaan yang mereka pegang.

Jika mereka percaya ubat adalah segala-galanya untuk sembuh, mereka akan marah jika kita tidak memberikan mereka ubat, walaupun sebenarnya ubat itu hanyalah medium untuk penyembuhan.

Begitu juga orang tidak mahu makan ubat kerana mereka percaya sakit mereka adalah takdir yang ditentukan ALLAH dan mereka harus menanggung penderitaan sakit. Itu kepercayaan yang mereka.

Jadi jangan terperanjat jika manusia memberikan reaksi yang berbeza daripada apa yang kita percaya.

”Tetapi kenapa doktor tidak memberikan anak dia ubat antibiotik? Bukankah mengambil ubat adalah salah satu usaha tawakal seperti mana yang doktor beritahu dalam buku doktor ”Doktor, Saya Takut Jarum”?”, tanya jururawat yang sering membantu kerja saya di klinik.

”Memang betul, ubat itu selalunya menyembuhkan. Tetapi ada kalanya ubat yang diberikan boleh memberikan mudarat jika ia tidak diberikan dengan betul”

”Lagi pun bayi kecil mempunyai organ tubuh yang kurang matang. Jadi jangan bebankan buah pinggang dan hati mereka untuk proses perkumuhan ubat itu jika ia tidak mendapat kebaikan dari ubat itu”

”Saya sebagai doktor kena imbangkan antara manfaat dan kemudaratan. Jika ia memberikan kemudaratan, maka saya tidak boleh memberikan ubat itu, walaupun ia adalah ubat. Saya berdosa”

Anak kecil biasanya mengalami kesan sampingan ubatan yang lebih besar berbanding orang dewasa. Jadi berhati-hati memberikan ubat kepada bayi walaupun ubatan herba.


Antara ubat-ubatan yang agak bahaya kepada bayi adalah:


1. Aspirin

Jangan sesekali memberikan ubatan yang mengandungi aspirin kepada si bayi anda atau sesiapa yang berumur 19 tahun dan ke bawah. Aspirin boleh menyebabkan kanak-kanak kecil menghidapReye’s Syndrome, iaitu satu kesan sampingan ubat yang jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.

Oleh itu berhati-hati dengan ubat-ubatan yang dibeli di kedai-kedai jamu kerana mungkin ia juga mengandungi aspirin. Baca label pada botol atau kotrak ubat dengan berhati-hati. Aaspirin juga ditulis sebagai ‘salicylate’ ataupun ‘acetylsalicylic acid’.

Ibubapa boleh bertanya doktor atau ahli farmasi jika tidak pasti akan sesuatu produk itu samada bebas aspirin atau tidak. Jika demam, anda boleh beri si kecil anda acetaminophen, paracetamol atau ibuprofen mengikut dos yang betul dengan nasihat ahli farmasi atau doktor.



2. Ubat batuk dan ubat demam

American Academy of Pediatrics (AAP) tidak membenarkan pemberian ubat batuk dan demam kepada anak-anak kecil terutama berumur 3 tahun ke bawah. Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bahawa ubatan ini sebenarnya tidak membantu dalam melegakan batuk dan demam mereka.

Ubatan ini boleh memudaratkan apabila diberikan dalam dos yang berlebihan. Selain daripada kesan sampingan seperti menyebabkan mengantuk, sakit perut dan ruam, kanak-kanak yang diberikan ubat ini secara berlebihan boleh menderita dengan kesan sampingan yang serius seperti kadar jantung yang laju, sawan dan boleh menyebabkan kematian.



3. Ubat tahan muntah

Ubat tahan muntah tidak boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kecuali mendapat preskripsi dari doctor. Saya sendiri percaya ada kalanya muntah tidak perlu ditahan, kerana ia selalunya ia hanya sebentar dan akan pulih tanpa perlu diberikan ubat. Tambahan pula, kebanyakan ubat tahan muntah mempunyai kesan sampingan yang serius.



4. Memberi ubat orang dewasa kepada bayi

Adalah merbahaya memberi bayi dan kanak-kanak ubatan orang dewasa walaupun dengan dos yang kecil, kerana ia masih dos yang tinggi bagi mereka. Oleh itu setiap ubat haruslah diberikan dos mengikut berat dan umur mereka.



5. Ubatan yang dipreskripsi untuk kanak-kanak lain.

Ubatan yang dipreskripsi untuk orang lain (contohnya adik-beradik) ataupun untuk rawatan penyakit lain, mungkin tidak efektif malahan mungkin berbahaya apabila ia diberi kepada si kecil anda. Berikan mereka ubatan yang dipreskripsi khusus buat mereka.



6. Ubatan yang tamat tempoh

Jangan simpan ubat-ubatan sekiranya sudah tamat tempoh, atau berubah warna. Penggunaan ubat-ubatan selepas tamat tempoh mungkin tidak lagi efektif malah boleh memudaratkan.



7. Ubat kunyah

Jika tablet kunyah diberikan kepada kanak-kanak ia boleh menyebabkan tercekik. Tanyakan kepada doktor atau ahli farmasi, dan sekiranya ia boleh dihancurkan dahulu dan letakkan ia di dalam sudu bersama makanan separa pepejal seperti yogurt atau pes epal.

Jadi jangan berikan sebarang ubat untuk anak dan bayi anda. Kebolehan mereka memanfaatkan ubat dan menerima kesan sampingan daripada ubat yang diberi sangat berbeza dengan orang dewasa. Dapatkan dulu nasihat doktor dan ahli farmasi.


Wallahu a’lam.

Fahami Si Sulung

Fahami Si Sulung



Anak sulung... Sedarkah kita anak sulungsering kita aniayai secara sedar atau pun tidak?

Anak sulung adalah anak yang lahir dari semangat cinta dan kasih yang mendalam. Semangat seorang ibu yang mendapat anak sulungnya tentu sangat berbeza. Perasaan dan sifat keibuan yang ada padanya dicurah sebanyak dan sedapat mungkin pada si anak sulung. Anak sulung diberikan apa saja yang baik-baik, ditatang bagaikan minyak yang penuh... tapi sebelum datangnya anak yang kedua.

Apabila mengandungkan anak yang kedua, perhatian si ibu kepada anak sulung sedikit kurang. Anak yang sulung menyedarinya seawal kandungan si ibu 4 bulan lagi. Apatah lagi jika si ibu tadi bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan keperluan rumahtangga selepas waktu bekerja. Dalam konteks ibu bekerja, mengandung dan memberikan perhatian kepada si sulung, tentunya akan ada perkara yang akan terlepas pandang. Ada keperluan dan rutinnya yang akan berubah... dan si sulung akan menyedarinya dan menguatkan diri sebagai satu pengalaman baru menjadi yang sulung.

Apabila si adik muncul di sisi, walau apa cara sekalipun si sulung perlu menyesuaikan diri pada yang mungkin dianggap pesaing, atau teman atau apa-apa lagi dengan naluri diri menyayangi si adik ini. Cuba anda membayangkan keadaan si sulung. Percayalah, ada yang dapat menyesuaikan diri menyayangi adik tetapi ada juga yang sering merenggek, cuba memberitahu perasaan diri tentulah kepada si ibu yang selalunya tak mengerti..

Waktu terus berlaku, diri si sulung semakin membesar, tugas si ibu semakin bertambah. Jangan nafikan.. mesti pada masa ini, tangan si sulung sangat bernilai. Si sulung mula mengambil alih sedikit tugas-tugas membantu, juga pada masa yang sama si ibu yang kepenatan mula bertukarlaku. Nak garang masa inilah kan. Di minta diambilkan cawan dan si sulung pun terpinga-pinga, banyak betul kosa kata ibu ni yang aku tak tahu rupanya. Hah! singa, naga, harimau tetapi selalunya tarzan mula hidup bersama-sama, mula memainkan peranan. Kesian si sulung... selalunya tidak faham kehendak si ibu. Bahasa sayang mula bertukar menjadi ayat-ayat suruhan yang banyak.

Si sulung mesti tahu...kau yang sulung mesti tahu! Sedarkah kita akan kosa kata anak sulung kita pada masa ini... Betulkah mereka faham akan apa yang kita sampaikan, yang selalunya kesalahan mereka membuahkan kemarahan kita. Harapan si ibu terlalu tinggi. Pukul....siapa tidak pernah memukul anak sulung mereka. Suruh...Marah...Pukul....rutin baru dalam hidup si sulung itu.

Apa jadi kepada anak kedua???????? Play save mak! I always do....

Anak kedua di mata kebanyakkan ibu adalah anak yang selalu lebih baik dari yang sulung. Lebih mendengar kata, lebih alert, lebih faham, lebih segala-galanya. Kalau disuruh anak yang sulung mandi, anak kedua akan buat dulu. Di suruh membuat kerja rumah...anak kedua akan berkata dia dah siap pun. Si sulung..tahan untuk dimarah bahkan tahan juga untuk dipukul. Itu bahasa biasa ibu kepada saya, yang sulung.

Anak kedua lebih memerhati lebih melihat penderitaan yang sulung apabila dimarah dan dipukul. Tentu pendekatannya adalah untuk menyelamatkan diri agar tidak kena seperti yang sulung. Si ibu pula, ibarat jika sukakan pasukan JDT, busuk macamana pun suka juga. Ibarat kata jika bencikan TRW, bagus macamana pun tidak bermakna. Itulah nasib si sulung dengan para pesaingnya, adik-adiknya.

Berikanlah harapan baru kepada si sulung. Fahamilah mereka. Ceriakanlah hidup mereka.

Kaulah cinta ibu dan ayah, yang sulung...

Sumber: Facebook

11 Isi Hati Anak yang Tidak Terucap




Anak-anak adalah harta bernilai kepada kita yang dikurniakan Allah s.w.t, oleh yang demikian sayangilah mereka sepenuhnya.

Berikut adalah antara isi hati anak-anakkita yang mungkin tidak pernah terucap kepada kita. Jadikanlah panduan sebagaitip mendidik mereka dengan betul.

1. Cintailah aku sepenuh hatimu, aku amat cintakan kamu


2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.


3. Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.


4. Jangan marahi aku di hadapan orang ramai.


5. Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.


6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah fotocopimu.


7. Semakin membesar maka janganlah terus anggap aku anak kecil.


8. Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.


9. Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.


10. Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.


11. Aku adalah ladang pahala bagimu.

Sumber: Facebook

EQ yang tinggi bantu anak berjaya


EQ Yang Tinggi Bantu Anak Berjaya

Tahap kepandaian seorang anak pasti berbeza dengan tahap kepandaian anak yang lain atau orang lain. Kebiasaannya anak yang mempunyai IQ yang tinggi dikatakan anak yang pandai. Pandai di sini sering dirujuk kepada penguasaan dalam bidang akademik. Akan tetapi, kajian telah membuktikan bahawa IQ yang tinggi tidak menjamin kejayaannya dalam hidup.

Kecerdasan emosi atau lazimnya dikenali sebagai EQ, merupakan kebolehan dalam menangani sesuatu konflik atau kemampuan dalam meleraikan masalah. Anak yang mempunyai tahap EQ yang tinggi mampu berjalan dengan tenang walaupun diuji dengan pelbagai masalah. Malah sebenarnya EQ mampu menyumbang dalam meningkatkan IQ seseorang.



Apa Itu EQ?

Anak yang mampu mengawal perasaan marah, empati, berdikari, boleh menyesuaikan dengan persekitaran baru, berbudi bahasa serta menghormati orang lain adalah anak yang mempunyai perkembangan EQ yang baik. Oleh sebab itu, kecerdasan emosi atau EQ perlu dikembangkan sejak kecil.


Tahap perkembangan EQ boleh dipengaruhi oleh ibu bapa (keluarga), persekitaran dan kawan. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan tahap EQ anak. Apa yang boleh dilakukan untuk proses tersebut?


Pertama sekali, penuhi keperluan emosi anak. Bayi yang baru lahir sentiasa inginkan kasih sayang, pelukan dan ingin dekat dengan ibunya. Anak dalam lingkungan 3 tahun mula melakukan kerja-kerja dengan sendirinya inginkan perhatian, pujian dan penghargaan. Anak dalam lingkungan 5 tahun mula membantu ibunya mengemas ruang tamu, meja makan dan apa saja inginkan penghargaan kerana mereka ingin diri mereka dicintai dan ada nilai di sisi ibunya.


Dengan memenuhi keperluan emosi anak, secara tidak langsung tahap EQ anak mula berkembang. Mereka mula belajar bagaimana berkomunikasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah serta membantu orang lain. Anak kecil yang dipenuhi keperluan emosinya akan kurang menangis berbanding anak yang sering diabaikan. anak yang kurang menangis berjaya mengawal perasaannya serta bijak menggunakan emosi pada tempatnya. Hal ini dapat mendorong anak-anak berjaya dalam hidup mereka. Bak kata seorang pakar motivasi, orang yang tinggi IQ mudah mendapat kerja, akan tetapi orang yang tinggi EQ mudah naik pangkat.


Dalam hal ini juga, ibu bapa akan lebih mudah memahami anak dan anak juga lebih dekat dan rapat dengan kedua ibu bapanya. Apabila hubungan ini telah kukuh, ibu bapa mudah untuk membentuk sikap anak yang lainnya seperti mendisiplinkan anak, mengajar tatatertib, dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, pengalamanlah yang akan mendorong ibu bapa bersikap sewajarnya dalam mendidik anak dan meningkatkan tahap EQ anak.




Bertindaklah Sewajarnya

Secara ringkasnya, saya simpulkan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam proses meningkatkan EQ anak.
  • Ibu bapa sendiri menunjukkan sikap bersosial dengan masyarakat atau cara berkomunikasi dengan orang lain 
  • Semakin awal ibu bapa memulakan proses ini, ia adalah lebih baik. Serta bersedialah memenuhi keperluan emosi anak jika ingin anak berjaya. 
  • Bimbinglah anak untuk mempelajari kata-kata yang menggambarkan perasaan mereka 
  • Sekiranya anak mengaku kesalahan mereka kepada anda, maka dengarlah alas an mereka dan berikan kata-kata perangsang kepada mereka dan tegurlah dengan kasih sayang. 
  • Berikanlah pujian dengan ikhlas kepada anak anda. 
  • Bukalah ruang perbincangan dengan anak dalam hal-hal yang berkaitan dengan dirinya. 
  • Ibu bapa boleh menggunakan pendekatan cerita atau sebarang permainan untuk mengajarkan anak bertindak dalam hal-hal tertentu. 
  • Jadilah teladan yang baik kepada anak, kelak anak akan lebih percaya kepada tindakannya. 

Bagaimana pendapat anda? Mari kongsikan bersama tips yang anda amalkan.

****Sumber

Wednesday, 9 April 2014

Dejavu di Kinabalu...!

Assalamualaikum...

Hihi tengok tajuk pun dah tau out of topic dah ckit nih! harini bukan nak cite pasal shaklee tapi nak share about amazingnye holiday trip baru2 ni!

Hii gara2 teruja yg sesangat so saya nak share ckit ke'best'tan nye pegi bercoti kat sabah ni!

So, boleh bagi idea pada yang tercari2 destinasi utk coti2 malaysia!!

1st time naik flight n first time sampai sabah! 

Sabah is a very BEAUTIFUL place u know!! and of cos tak lengkap kalo xpi DESA CATTLE FARM which is kat ctu kite akan nampak Puncak Gunung Kinabalu!

my luvly family berlatarkan kinabalu!!

haa cantik tak?? macam frame gamba je kan..

nak gamba lagi??







Desa cattle farm..memang best!
Sejuk..cameron pun kalah tau!

kat KK we all melawat plak RUMAH TERBALIK!!

So...unikk!!

nak tengok terbalik camanae..haa cenggini haa....


hikhik...toilet pun ikut terbalik sekali..si insyirah tu memang pelikla dok belek je apsal leh tebalik..

nak view gunung plak..
mai mai tengok maih!!

puncak kinabalu yg trang tang tang nampak tanpa diselubungi kabus..tepat 630 pagi lagi kitorg nunggu nak gambo tau nak tgk puncak tepat2!







Ni lah serba sedikit gamba untuk paparan sesapa yang ade hajat nak pi sabah tu..my advice...teruskan je hajat tu..serius TAK RUGI!!

Alhamdulillah tercapai hasrat nak jejak kaki ke sana..dah lama sebenonye nak verangan dejavu kat sana..hakhak..

Terasa sangat tempat tu macam dekat je ngan hati ni..TENANG..SPEECELESS tak bole nak digambarkan dgn kata2!!

Ade rezki nak bawak plak my mother in law plak mai cni! Tu antara hajat die tu nak pi sabah..hihi..

Last pic utk kali ni...

             ******Dejavu di Kinabalu!!

will miss dis place sooo much!! 
Kundasang...ku sudah jatuh cinta!!

Supplemen bagi anda yang sentiasa letih

Supplemen yang boleh membantu anda bertenaga sentiasa!

Tahu tak kenapa badan kita cepat letih, cepat mengantuk, cepat lesu, cepat lemah dan macam-macam lagi? Ini bermakna anda:
1. Tidak cukup tenaga
2. Tidak cukup tidur
3. Kurang darah merah
4. Tekanan emosi
5. Terlalu banyak kafein
6. Dehidrasi
7. Tidak sarapan

Benar bukan? Anda memang mengalami semua atau beberapa antara perkara di atas kan? Jangan risau! Shaklee ada penyelesaiannya. Cubalah SET A (Optimum Health Set) yang mengandungi:

❤️ Vitalea with Iron Formula

* Multivitamin dan Multimineral yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
* Juga disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina.
* Tablet yang terpantas di dunia untuk larut di dalam air dan tubuh badan
manusia. (Jadi penyerapannya dalam badan kita amat cepat maka cepat jugalah kita dapat merasa kesannya).
* Sebagai pelengkap nutrisi bagi sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan zat dan mineral dalam badan akibat amalan diet yang tidak seimbang dan sangat sesuai juga bagi pengamal “vegetarian” serta mereka yang mengalami Anemia (Low hB) kerana terdapat Zat Besi di dalam suplemen ini. (Sangat membantu bagi ibu-ibu hamil yang Low hB..boleh amalkan 2 biji Vitalea
setiap hari).
* Disebabkan formulanya yang lengkap, Vitalea dapat memberi tenaga dan membantu kecergasan dalam menjalani kehidupan seharian.



 ❤️B-Complex with Folic Acid

* Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, asid folik dan 100% biotin.
* Penting untuk mengambil diet harian yang mengandungi unsur B-Complex setiap hari kerana Vitamin B larut air dan mudah dikeluarkan dari tubuh badan melalui sistem pencernaan.
* B-Complex penting untuk tukarkan makanan kepada tenaga dan membantu penghadaman dan dapat
mengurangkan masalah kelesuan dan keletihan.
* Dikenali juga sebagai “Happy Vitamin” yang dapat melawan tekanan (stress) dan dikatakan dapat memastikan kesihatan sistem saraf, melegakan sakit kepala (boleh diambil bersama 4 biji Ostematrix
bagi ikhtiar untuk sakit kepala,migrain) dan dapat bantu kemurungan.
100% Biotin dapat membantu sihatkan rambut yang sering gugur dan beruban serta bantu masalah
kelemumur.
* Membantu mencegah anemia.
* Boleh diamalkan bagi mereka yang merancang untuk hamil kerana mengandungi Asid Folik.
* Baik untuk mata dan juga boleh membantu meredakan masalah PMS ketika datang bulan.



 ❤️Sustained Release Vita C Plus 500mg

* Merangsang pembentukan kolagen yang secara tak langsung mampu mengelakkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.
* Jadinya kulit akan sentiasa rasa anjal dan rasa muda.
* Memulihkan kecederaan dengan cepat kerana ia boleh membaiki simptom pendarahan yang sekaligus
dapat mengelakkan lebam di kulit dan mengelakkan penyakit gusi berdarah.
* Sebagai antiokdisan yang membantu melawan radikal bebas dan melawan sel-sel kanser. Juga dapat meningkatkan sistem imun di mana dapat membantu dalam melawan alergi, asma, flu dan selsema. (Sekiranya anda rasa macam nak demam atau selsema boleh ambil lebih Vitamin C dan InsyaALLAH anda akan kembali pulih dengan izin
Allah sekaligus dapat mengelakkan kita dari mengambil pil-pil penahan
sakit atau antibiotik yang tidak baik boleh memudaratkan tubuh badan
kita dalam jangkamasa yang
panjang).
* Jika mengambil Vitamin C secara konsisten setiap hari, ia mampu melambatkan penuaan dan menyekat
pembentukan pigmentasi yang menyebabkan jeragat. Kulit akan kelihatan lebih licin, lembap dan cerah berseri.
* Dipercayai dapat juga membantu mereka yang mengalami insomnia dan keresahan.
* Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yang sihat sekaligus
menghindarkan arterisklerosis, skurvi, hidung berdarah dan pendarahan
dalaman.





SET A (OPTIMUM HEALTH SET) sesuai untuk siapa?
1. Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh (termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua dan pelajar)
2. Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
3. Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
4. Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
5. Sesuai untuk pelajar bagi
meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
6. Sangat sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
7. Sesuai untuk ibu mengandung yang
haemoglobinnya rendah.Vita-Lea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah

***credit

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 
❤️ROSMiNi
❤️SMS/WASSUP 019-3909905
❤️www.ibuinsyirah83.blogspot.com
❤️FB : Rosmini Razalee
❤️COD AREA : SELAYANG/ BATU CAVES/ RAWANG/ GOMBAK/ AMPANG/ KL dan kawasan berdekatan
❤️POS LAJU : SELURUH MALAYSIA
❤️Free Consultation for every Purchase!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Pesanan Anda

Name

Email *

Message *